Penyelesaian Masalah untuk Laporan Network Connection (Sambungan Rangkaian)

Untuk sambungan Ethernet

Sambungan Wi-Fi

Bagaimana untuk menyelesaikan status rangkaian atau masalah sambungan anda

  1. Lihat Laporan Network Connection (Sambungan Rangkaian) yang telah anda cetak. Semak item dalam A (Check Network Connection (Semak Sambungan Rangkaian)) untuk status yang menunjukkan FAIL (GAGAL).
  2. Dalam senarai Item Semak, klik item yang menunjukkan status FAIL (GAGAL) untuk memaparkan penyelesaian.
  3. Semak mesej yang dipaparkan dalam B dan cari mesej sama yang disenaraikan dalam setiap Item Semak. Kemudian, ikut penyelesaian.
Untuk mesej dengan * dalam B, lihat "Mengenai persekitaran rangkaian anda" untuk maklumat lanjut.


Item Semak

Klik item di bawah untuk pergi kepada mesej dan penyelesaian.
  1. Wireless Network Name (SSID) Check (Semakan Nama Rangkaian Wayarles (SSID))
  2. Communication Mode Check (Semakan Mod Komunikasi)
  3. Security Mode Check (Semakan Mod Keselamatan)
  4. MAC Address Filtering Check (Semakan Penapisan Alamat MAC)
  5. Security Key/Password Check (Semakan Kekunci/Kata Laluan Keselamatan)
  6. IP Address Check (Semakan Alamat IP)
  7. Detailed IP Setup Check (Semakan Persediaan IP Terperinci)


Mesej dan penyelesaian untuk item semak


1. Wireless Network Name (SSID) Check (Semakan Nama Rangkaian Wayarles (SSID))

No. Mesej Penyelesaian
1 No wireless network names (SSID) found. (Tiada nama rangkaian wayarles (SSID) ditemui.) Confirm that the router/access point is turned on and the wireless network (SSID) is set up correctly. (Sahkan bahawa penghala/titik akses dihidupkan dan rangkaian wayarles (SSID) disediakan dengan betul.) Contact your network administrator for assistance. (Hubungi pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan bantuan.)
  • Semak bahawa titik akses dihidupkan. Jika ia dimatikan, hidupkannya dan kemudian lakukan persediaan rangkaian sekali lagi.
  • Letakkan pencetak anda berdekatan titik akses.
  • Jika anda memasukkan nama rangkaian wayarles secara manual (SSID), sahkan sama ada nama rangkaian wayarles (SSID) adalah betul atau tidak. Jika ia salah, masukkannya sekali lagi. Nama rangkaian wayarles (SSID) anda dipaparkan dalam C (Network Status (Status Rangkaian)) di bawah Nama Rangkaian (SSID).
  • Jika anda telah menyediakan rangkaian menggunakan WPS, semak sama ada titik akses anda menyokong WPS atau tidak.
  • Jika anda mahu menyediakan sambungan Ad Hoc, anda perlu menyediakan Ad Hoc untuk PC anda dahulu. Lakukan persediaan Ad Hoc untuk PC anda, dan kemudian lakukan persediaan rangkaian untuk pencetak anda sekali lagi.
2 No wireless network names (SSID) found. (Tiada nama rangkaian wayarles (SSID) ditemui.) Confirm that the wireless network name (SSID) of the PC you wish to connect is set up correctly. (Sahkan bahawa nama rangkaian wayarles (SSID) bagi PC yang anda mahu sambungkan disediakan dengan betul.) Contact your network administrator for assistance. (Hubungi pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan bantuan.)
  • Periksa jika PC yang anda mahu sambungkan dihidupkan. Jika ia dimatikan, hidupkannya dan lakukan persediaan rangkaian untuk pencetak anda sekali lagi.
  • Letakkan pencetak anda berdekatan PC yang anda mahu sambungkan.
Mesej di atas dipaparkan apabila nama rangkaian wayarles (SSID) yang dipilih atau dimasukkan tidak ditemui semasa persediaan rangkaian.
SSID ialah nama rangkaian Wi-Fi anda. Jika anda menggunakan titik akses, maka rangkaian anda telah mempunyai nama apabila titik akses disediakan.
Jika anda mahu menyambungkan pencetak anda dan PC secara terus tanpa titik akses (sambungan Ad Hoc), anda perlu menyediakan rangkaian Ad Hoc untuk PC anda. Dalam kes ini, anda perlu mencipta SSID pada PC anda.
Jika anda tidak tahu SSID anda, kami mengesyor supaya anda menghubungi individu atau syarikat yang menyediakan rangkaian anda.
Anda juga perlu meletakkan pencetak anda berdekatan titik akses (atau PC) semasa persediaan agar pencetak menerima isyarat yang jelas daripada titik akses atau PC.

Atas

2. Communication Mode Check (Semakan Mod Komunikasi)

No. Mesej Penyelesaian
3 Wi-Fi communication mode (IEEE802.11*) does not match the current setting of the printer. (Mod komunikasi Wi-Fi (IEEE802.11*) tidak sepadan dengan tetapan semasa pencetak.) Set the same communication mode to the printer, router/access point, and PC. (Tetapkan mod komunikasi yang sama pada pencetak, penghala/titik akses dan PC.) Contact your network administrator for assistance. (Hubungi pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan bantuan.)

*Paparan berbeza mengikut lokasi anda.
  • Semak mod komunikasi Wi-Fi yang ditetapkan untuk titik akses anda sepadan dengan mod yang disokong oleh pencetak anda.
Mesej ini dipaparkan apabila mod komunikasi Wi-Fi yang ditetapkan untuk titik akses dan PC tidak disokong oleh pencetak.

Atas

3. Security Mode Check (Semakan Mod Keselamatan)

No. Mesej Penyelesaian
4 Security mode (e.g. WEP, WPA) does not match the current setting of the printer. (Mod keselamatan (cth. WEP, WPA) tidak sepadan dengan tetapan semasa pencetak.) Confirm security mode. (Sahkan mod keselamatan.) Contact your network administrator for assistance. (Hubungi pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan bantuan.) Sahkan bahawa titik akses menggunakan satu daripada mod keselamatan berikut. Jika tidak, lakukan persediaan rangkaian sekali lagi dan tukarkannya kepada mod keselamatan yang disokong.
  • WEP-64bit (40bit)
  • WEP-128bit (104bit)
  • WPA PSK (TKIP)
  • WPA2 PSK (TKIP)
  • WPA PSK (AES)
  • WPA2 PSK (AES)
  • WPA (TKIP/AES)
  • WPA2 (TKIP/AES)
Mesej ini dipaparkan apabila mod keselamatan yang ditetapkan untuk peranti rangkaian tidak disokong oleh pencetak atau tidak sepadan dengan mod keselamatan pencetak.
Terdapat jenis keselamatan berbeza ditetapkan untuk peranti rangkaian bergantung pada kekuatan atau kaedah penyulitannya.
Mod keselamatan yang disokong mungkin berbeza mengikut peranti rangkaian. Untuk membenarkan komunikasi, mod keselamatan yang sama perlu ditetapkan antara peranti rangkaian dan pencetak.

Atas

4. MAC Address Filtering Check (Semakan Penapisan Alamat MAC)

No. Mesej Penyelesaian
5 MAC address of your printer may be filtered. (Alamat MAC pencetak anda mungkin ditapis.) Check whether your router/access point has restrictions such as MAC address filtering. (Semak sama ada penghala/titik akses anda mempunyai sekatan seperti penapisan alamat MAC.)
See the documentation of the router/access point or contact your network administrator for assistance. (Lihat dokumentasi penghala/titik akses atau hubungi pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan bantuan.)
  • Lihat manual arahan yang disertakan bersama titik akses anda untuk maklumat lanjut mengenai fungsi penapisan alamat MAC. Jika fungsi penapis didayakan, daftarkan alamat MAC pencetak anda untuk menghalang pencetak anda daripada ditapis.
  • Jika anda telah menggunakan mod keselamatan WEP untuk titik akses anda bagi mendayakan pengesahan Dikongsi, sahkan bahawa kedua-dua kekunci pengesahan dan indeks adalah betul.
Mesej ini dipaparkan apabila alamat MAC yang ditapis didayakan dan alamat MAC pencetak belum didaftarkan pada titik akses.
Alamat MAC ialah nombor pengenalan yang digunakan untuk mengenal pasti peranti rangkaian individu.
Titik akses mempunyai fungsi yang membolehkannya membenarkan atau menolak akses peranti pada rangkaian berdasarkan kepada alamat MAC.
Jika fungsi ini didayakan, hanya peranti rangkaian dengan alamat MAC yang berdaftar boleh menyambung ke rangkaian.

Atas

5. Security Key/Password Check (Semakan Kekunci/Kata Laluan Keselamatan)

No. Mesej Penyelesaian
6 Entered security key/password does not match the one set for your router/access point. (Kekunci/kata laluan keselamatan yang dimasukkan tidak sepadan dengan yang ditetapkan untuk penghala/titik akses anda.) Confirm security key/password. (Sahkan kekunci/kata laluan keselamatan.) Contact your network administrator for assistance. (Hubungi pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan bantuan.) Kekunci keselamatan yang ditetapkan untuk titik akses dan kekunci keselamatan yang dimasukkan tidak sepadan. Sediakan rangkaian anda sekali lagi menggunakan kekunci keselamatan yang betul. Kekunci keselamatan adalah sensitif huruf.
Mesej ini dipaparkan apabila kekunci keselamatan yang dimasukkan dan kekunci yang ditetapkan untuk titik akses anda tidak sepadan.
Kekunci keselamatan (kata laluan) diperlukan untuk menyambung ke rangkaian.
Kekunci keselamatan adalah sensitif huruf. Jika kekunci yang dimasukkan tidak sepadan dengan kekunci berdaftar, sambungan gagal.

Atas

6. IP Address Check (Semakan Alamat IP)

No. Mesej Penyelesaian
7 Incorrect IP address is assigned to the printer. (Alamat IP yang salah diperuntukkan kepada pencetak.) Confirm IP address setup of the network device (hub, router, or access point). (Sahkan persediaan alamat IP bagi peranti rangkaian (hab, penghala atau titik akses).) Contact your network administrator for assistance. (Hubungi pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan bantuan.)
  • Semak sama ada fungsi DHCP untuk titik akses didayakan atau tidak. Jika ia dinyahdayakan, tukarkannya kepada didayakan.
  • Jika anda telah menetapkan alamat IP secara manual, alamat IP di luar julat yang disokong (tidak sah). Masukkan alamat IP yang betul.
Atas

7. Detailed IP Setup Check (Semakan Persediaan IP Terperinci)

No. Mesej Penyelesaian
8 Confirm the connection and network setup of the PC or other device. (Sahkan sambungan dan persediaan rangkaian untuk PC atau peranti lain.)
Connection using the EpsonNet Setup is available. (Sambungan menggunakan EpsonNet Setup tersedia.)
Contact your network administrator for assistance. (Hubungi pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan bantuan.)
  1. Periksa perkara berikut:
    • Periksa jika kuasa dihidupkan untuk peranti, seperti PC yang mahu menggunakan pencetak.
    • Periksa bahawa peranti yang mahu menggunakan pencetak, seperti PC berada dalam rangkaian yang sama.
  2. Jika anda telah memeriksa titik di atas, lakukan persediaan rangkaian menggunakan EpsonNet Setup.
9 Confirm IP address, subnet mask, and default gateway setup. (Sahkan alamat IP, topeng subnet dan persediaan get laluan lalai.)
Connection using the EpsonNet Setup is available. (Sambungan menggunakan EpsonNet Setup tersedia.)
Contact your network administrator for assistance. (Hubungi pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan bantuan.)
  1. Periksa perkara berikut:
    • Peranti lain pada rangkaian dihidupkan
    • Alamat rangkaian yang ditetapkan secara manual untuk pencetak adalah betul
    • Alamat rangkaian untuk pencetak adalah sama seperti alamat rangkaian untuk peranti-peranti lain
  2. Jika alamat rangkaian salah, tetapkan alamat yang betul menggunakan panel LCD pencetak.
    Jika anda tidak boleh menukar tetapan menggunakan pencetak anda, buat tetapan menggunakan EpsonNet Setup.
    Alamat IP semasa anda, topeng subnet dan get laluan lalai dipaparkan dalam C (Network Status (Status Rangkaian)).
10 Setup is incomplete. (Persediaan tidak lengkap.) Confirm default gateway setup. (Sahkan persediaan get laluan lalai.)
Connection using the EpsonNet Setup is available. (Sambungan menggunakan EpsonNet Setup tersedia.)
Contact your network administrator for assistance. (Hubungi pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan bantuan.)
  1. Periksa perkara berikut:
    • Alamat get laluan lalai yang ditetapkan secara manual untuk pencetak adalah betul
    • Peranti yang ditentukan sebagai get laluan lalai dihidupkan
  2. Jika alamat get laluan lalai salah, tetapkan alamat yang betul menggunakan panel LCD pencetak.
    Jika anda tidak boleh menukar tetapan menggunakan pencetak anda, buat tetapan menggunakan EpsonNet Setup.
    Alamat get laluan lalai semasa anda dipaparkan dalam C (Network Status (Status Rangkaian)) dalam Get Laluan Lalai.
11 Confirm the following: (Sahkan perkara berikut:)
-Entered security key/password is correct (Kekunci/kata laluan keselamatan yang dimasukkan adalah betul)
-Index of the security key/password is set to the first number (Indeks kekunci/kata laluan keselamatan ditetapkan kepada nombor pertama)
-IP address, subnet mask, or default gateway setup is correct (Alamat IP, topeng subnet atau persediaan get laluan lalai adalah betul)
Contact your network administrator for assistance. (Hubungi pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan bantuan.)
  1. Periksa perkara berikut:
    • Peranti lain pada rangkaian dihidupkan
    • Alamat rangkaian yang ditetapkan secara manual untuk pencetak adalah betul
    • Alamat rangkaian untuk pencetak adalah sama seperti alamat rangkaian untuk peranti-peranti lain
  2. Jika anda telah memeriksa semua perkara di atas, cuba langkah berikut:
    • Mulakan EpsonNet Setup pada PC yang menggunakan rangkaian yang sama seperti pencetak.
      Jika pencetak anda disenaraikan dalam senarai pencetak, tetapkan alamat IP untuk pencetak pada skrin persediaan alamat IP. Jika pencetak anda tidak disenaraikan, kekunci keselamatan mungkin salah. Lakukan persediaan rangkaian menggunakan panel LCD pencetak dan masukkan kekunci keselamatan yang betul.
    • Anda boleh mendaftar berbilang kekunci keselamatan untuk titik akses dalam mod keselamatan WEP. Jika berbilang kekunci didaftarkan, semak jika anda telah memasukkan kekunci pertama yang berdaftar.
12 Confirm the following: (Sahkan perkara berikut:)
-Entered security key/password is correct (Kekunci/kata laluan keselamatan yang dimasukkan adalah betul)
-Index of the security key/password is set to the first number (Indeks kekunci/kata laluan keselamatan ditetapkan kepada nombor pertama)
-Connection and network setup of the PC other device is correct (Sambungan dan persediaan rangkaian peranti lain PC adalah betul)
Contact your network administrator for assistance. (Hubungi pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan bantuan.)
  1. Periksa perkara berikut:
    • Peranti rangkaian seperti modem, hab dan penghala dihidupkan
    • Alamat IP untuk peranti rangkaian selain daripada pencetak ditetapkan secara manual (Jika alamat IP untuk pencetak diperuntukkan secara automatik tetapi peranti rangkaian lain secara manual, rangkaian pencetak mungkin berbeza daripada peranti rangkaian lain)
  2. Jika anda telah memeriksa semua perkara di atas, cuba langkah berikut:
    • Mulakan EpsonNet Setup pada PC yang menggunakan rangkaian yang sama seperti pencetak.
      Jika pencetak anda disenaraikan dalam senarai pencetak, tetapkan alamat IP untuk pencetak pada skrin persediaan alamat IP. Jika pencetak anda tidak disenaraikan, kekunci keselamatan mungkin salah. Lakukan persediaan rangkaian menggunakan panel LCD pencetak dan masukkan kekunci keselamatan yang betul.
    • Anda boleh mendaftar berbilang kekunci keselamatan untuk titik akses dalam mod keselamatan WEP. Jika berbilang kekunci didaftarkan, semak jika anda telah memasukkan kekunci pertama yang berdaftar.
Periksa alamat IP pencetak dan periksa sama ada atau tidak pencetak rangkaian boleh mengakses peranti lain pada rangkaian. Dalam sesetengah kes, ralat tidak boleh ditentukan. Kami mencadangkan untuk melakukan persediaan rangkaian menggunakan EpsonNet Setup.

Mengenai alamat rangkaian:
Alamat IP bukan sahaja menunjukkan peranti yang bersambung dengan rangkaian seperti PC, hab dan penghala tetapi juga julat rangkaiannya. Peranti pada rangkaian yang sama boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jika anda mahu berkomunikasi dengan peranti pada rangkaian berbeza, penghala diperlukan. Alamat IP terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama dipanggil "alamat rangkaian" dan menunjukkan julat rangkaian. Bahagian kedua dipanggil "alamat hos" dan menunjukkan peranti rangkaian. Garisan antara alamat rangkaian dan alamat hos berbeza mengikut skala (kelas) rangkaian. Walau bagaimanapun, anda boleh menentukan garisan antara alamat rangkaian dan alamat hos menggunakan topeng subnet.
Jika anda menggunakan pencetak anda pada rangkaian laman utama, tetapkan tetapan alamat IP pencetak kepada "Auto" semasa menggunakan fungsi titik akses DHCP. Jika anda mahu menggunakan "Manual" untuk menetapkan alamat IP pencetak, lihat langkah berikut untuk menetapkan alamat IP dan topeng subnet.
  1. Semak alamat IP untuk penghala (atau titik akses) bersambung ke PC anda. Untuk butiran lanjut, lihat manual arahan untuk penghala (atau titik akses).
  2. Semua alamat IP ditulis dalam segmen empat nilai berangka (untuk IPv4). Dalam segmen akhir, tetapkan nilai nombor yang unik di dalam julat 1 hingga 254. (Apabila penghala merupakan pelayan DHCP atau apabila terdapat pelayan DHCP lain dalam rangkaian laman utama, tetapkan nilai yang tidak berkonflik dengan alamat IP yang diperuntukkan oleh pelayan DHCP.)
Contoh tetapan:
Alamat IP untuk penghala (atau titik akses): 192.168.1.1
Contoh tetapan pada pencetak: 192.168.1.3
Jika anda menggunakan pencetak anda dalam rangkaian skala kecil, 255.255.255.0 ditetapkan untuk semua peranti rangkaian bagi topeng subnet. Get laluan juga menggunakan nilai yang sama seperti alamat IP untuk titik akses.

Atas

Mengenai persekitaran rangkaian

Seperti laporan semakan status/sambungan rangkaian, mesej berikut dipaparkan untuk memberitahu anda tentang faktor lain dalam persekitaran rangkaian anda yang perlu dipertingkat.
Mesej Penyelesaian
*Signal strength is low. (*Kekuatan isyarat lemah.) If you have problems printing or scanning, improve your wireless network environment. (Jika anda mempunyai masalah mencetak atau mengimbas, pertingkatkan persekitaran rangkaian wayarles anda.) Disebabkan kekuatan isyarat yang lemah, kelajuan cetakan mungkin perlahan atau cetakan mungkin terganggu.
Lakukan langkah berikut untuk meningkatkan persekitaran:
  • Letakkan pencetak berdekatan titik akses
  • Alihkan sebarang halangan di antara titik akses dan pencetak.
*A router/access point channel conflict has been detected. (*Konflik saluran penghala/titik akses telah dikesan.) If you have problems printing or scanning, improve your wireless network environment. (Jika anda mempunyai masalah mencetak atau mengimbas, pertingkatkan persekitaran rangkaian wayarles anda.) Gangguan isyarat boleh disebabkan oleh rangkaian wayarles lain yang sedang digunakan di bilik atau bangunan berdekatan. Meletakkan pencetak berdekatan titik akses boleh meningkatkan persekitaran.
*Signal strength is low. (*Kekuatan isyarat lemah.) A router/access point channel conflict has been detected. (Konflik saluran penghala/titik akses telah dikesan.) If you have problems printing or scanning, improve your wireless network environment. (Jika anda mempunyai masalah mencetak atau mengimbas, pertingkatkan persekitaran rangkaian wayarles anda.) Disebabkan kekuatan isyarat yang lemah, kelajuan cetakan mungkin perlahan atau cetakan mungkin terganggu. Gangguan isyarat boleh disebabkan oleh rangkaian wayarles lain yang sedang digunakan di bilik atau bangunan berdekatan.
Lakukan langkah berikut untuk meningkatkan persekitaran:
  • Letakkan pencetak berdekatan titik akses
  • Alihkan sebarang halangan di antara titik akses dan pencetak.
*Multiple network names (SSID) that match your entered network name (SSID) have been detected. (*Berbilang nama rangkaian (SSID) yang sepadan dengan nama rangkaian yang anda masukkan (SSID) telah dikesan.) Confirm network name (SSID). (Sahkan nama rangkaian (SSID).) Anda sedang menyambung ke titik akses yang berbeza.
Cuba langkah berikut:
Tukar SSID untuk titik akses yang anda mahu sambungkan dan kemudian, lakukan persediaan rangkaian untuk pencetak anda sekali lagi.
*No more devices can be connected. (*Tiada lagi peranti yang boleh disambungkan.) Disconnect one of the connected devices if you want to add another one. (Putuskan sambungan satu daripada peranti yang bersambung jika anda mahu menambah sambungan lain.) Jika anda mahu menambah peranti baharu, putuskan sambungan satu daripada peranti semasa menggunakan tetapan Wi-Fi peranti atau putuskan sambungan semua peranti dengan menukar kata laluan daripada pencetak anda.

Atas