Laman web ini ditadbir dan diselenggara oleh Seiko Epson Corporation. Penggunaan laman web ini oleh anda adalah tertakluk pada terma yang diterangkan di bawah. Sila baca dengan teliti dan fahamkan terma penggunaan sebelum meneruskan.
Hak cipta untuk bahan yang dibekalkan pada laman web ini dimiliki oleh Seiko Epson Corporation atau oleh pihak ketiga yang lain. Bahan yang terkandung di sini tidak boleh disalin, diubah suai, diedarkan, diterbitkan, dimuat turun, dimuat naik, dikirim atau dihantar sama ada dalam bentuk penuh atau sebahagian daripadanya, dalam sebarang bentuk atau cara, tanpa mendapatkan kebenaran awal secara bertulis daripada Seiko Epson Corporation atau pemilik hak cipta.
Tanda dagangan, tanda perkhidmatan dan tanda logo yang digunakan dan dipaparkan pada laman web ini adalah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan tidak berdaftar Seiko Epson Corporation atau pihak ketiga.
Nama “Seiko Epson Corporation” dan logo Epson tidak boleh digunakan dalam apa jua cara, termasuk tetapi tidak terhad, pengiklanan yang berkaitan dengan pengedaran bahan pada laman web ini tanpa mendapat kebenaran awal secara bertulis daripada Seiko Epson Corporation.
Seiko Epson Corporation tidak memberikan sebarang waranti dalam apa jua bentuk berkaitan dengan ketepatan atau kesempurnaan mana-mana kandungan, bahan atau maklumat termasuk perisian, dokumen atau Soalan Lazim pada laman web ini.
Seiko Epson Corporation tidak akan menanggung sebarang liabiliti dalam apa jua keadaan terhadap sebarang kesilapan maklumat yang terkandung pada laman web ini. Seiko Epson Corporation tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan terhadap anda yang disebabkan oleh penggunaan maklumat atau bahan pada laman web ini. Semua bahan dan maklumat pada laman web ini tertakluk pada perubahan tanpa notis.
Kandungan laman web pihak ketiga yang tidak dimiliki oleh Seiko Epson Corporation yang dipaut daripada laman web ini atau dipaut ke laman web ini diurus di bawah tanggungjawab syarikat masing-masing dan bukan di bawah pengurusan Seiko Epson Corporation.
Sila gunakan laman web yang dipaut mengikut syarat penggunaan yang diterbitkan pada laman web yang dipaut itu. Pihak Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman web yang dipaut atau sebarang kerosakan yang berlaku menerusi penggunaannya.
Semasa menggunakan laman web ini, kelakuan berikut adalah dilarang.
Kami mengesyorkan anda supaya menggunakan pelayar versi terkini.
Sila dayakan JavaScript dan helaian gaya dalam tetapan pelayar anda untuk melihat laman web ini dengan betul.
Laman web ini akan meletakkan “kuki” (satu kod unik yang mengenal pasti komputer anda pada laman web kami) pada komputer anda apabila anda melawati laman web ini. Kuki ini akan digunakan hanya untuk menghalakan anda ke laman web bahasa tempatan yang sesuai pada masa akan datang anda melawatinya dan tidak termasuk sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti anda secara peribadi atau individu.
Terma ini akan dikawal oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Jepun.
Sekiranya berlaku pertikaian antara anda dan Epson, pihak-pihak yang terlibat hendaklah mengemukakan kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Daerah Tokyo (Ringkasan).
Laman web ini menggunakan Google Analytics untuk membantu menganalisis dan meningkatkan laman web ini. Google Analytics menggunakan “kuki” untuk mengumpulkan maklumat log Internet standard dan kelakuan pelawat dalam bentuk awanama. Anda boleh menyekat Kuki atau menetapkan pelayar anda untuk mengeluarkan amaran sebelum menerima Kuki bagi menolak penerimaan Kuki. Jika anda melakukannya, sebahagian daripada Laman mungkin menjadi tidak tersedia kepada anda. Log Akses tertakluk pada dasar privasi Google LLC, yang perlu dibaca sebelum menggunakan Laman.
Google Analytics™ merupakan tanda dagangan Google LLC.