Pilihan menu berbeza mengikut model pencetak.
Untuk model skrin sentuh, tekan ikon terus pada skrin pencetak.
Untuk model bukan skrin sentuh, gunakan kekunci anak panah untuk memilih item. Kemudian, tekan OK.
Pastikan pencetak dihidupkan dan sedia untuk digunakan.
Pergi kepada pencetak dan masukkan menu persediaan Wi-Fi dengan mengikuti satu daripada kaedah di bawah bergantung kepada pencetak anda.
Pilih

.
Pilih Wi-Fi Setup (Persediaan Wi-Fi).
Ketik

/

,
Setup (Persediaan), dan kemudian
Wi-Fi Setup (Persediaan Wi-Fi).
Pilih Wi-Fi Setup Wizard (Bestari Persediaan Wi-Fi).
Pilih SSID anda.
SSID ialah nama rangkaian Wi-Fi anda. Senarai diisih mengikut kekuatan isyarat.
Masukkan kata laluan untuk SSID anda menggunakan butang atau kekunci anak panah pada panel kawalan pencetak.
NOTA:
Kata laluan adalah sensitif huruf. Kata laluan anda boleh mengandungi huruf besar dan huruf kecil serta nombor.
Untuk model bukan skrin sentuh atau model tanpa pad nombor, lihat pautan berikut untuk maklumat lanjut mengenai memasukkan aksara.
Jika skrin pengesahan dipaparkan pada pencetak, ikut arahan pada skrin sehingga anda tiba pada langkah 7 di bawah.
Bergantung kepada model pencetak, sambungan rangkaian akan bermula tanpa memaparkan skrin pengesahan.
Apabila mesej selesai dipaparkan, persediaan Wi-Fi telah lengkap.
NOTA:
Jika anda mahu mencetak laporan semakan sambungan rangkaian, masukkan kertas kosong ke pencetak dan ikut arahan pada skrin LCD. Untuk butiran mengenai memasukkan kertas, lihat dokumen anda.
Klik pautan berikut jika persediaan Wi-Fi gagal.
Klik pautan berikut jika anda mahu menyemak sambungan Wi-Fi.