Jika pencetak anda telah dipaparkan dalam “Pencetak & Pengimbas”, pilih pencetak anda dan klik butang [–] untuk memadam. Tambah pemacu pencetak dan pemacu faks (untuk model dengan fungsi faks) menurut arahan di bawah.
Klik butang[+].
Pilih Tambah Pencetak atau Pengimbas.
Pilih pencetak Epson anda daripada senarai.
Pilih pemacu yang menamakan pencetak anda.
Klik Tambah.
Semak jadual di bawah, untuk memastikan anda telah memilih yang betul.
Kaedah Sambungan
|
Pemacu Pencetak
|
Pemacu Faks
|
USB
|
EPSON XXXXXX
|
FAX XXXXXX (USB)
|
Rangkaian
|
EPSONXXXXXX YYYYYY
|
FAX EPSONYYYYYY(IP) atau FAX EPSONZZZ.ZZZ.ZZZ.ZZZ(IP)
|
* XXXXXX = nama produk. YYYYYY = alamat MAC 6 digit. ZZZ.ZZZ.ZZZ.ZZZ = alamat IP
|
Nota:
Setelah anda menambah pemacu, anda tidak perlu menambahnya lagi melainkan anda mengubah kaedah sambungan atau menggunakan produk yang berbeza.
Pastikan produk dihidupkan dan disambungkan dengan betul ke komputer anda menggunakan USB atau sambungan rangkaian.
Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk mencari pemacu faks. Tunggu sehingga pemacu faks dipaparkan dalam senarai dan kemudian tambah pemacu faks menggunakan prosedur yang sama.