-
Jika peranti pintar anda disambungkankepada titik akses yang dikhususkan (penghala wayarles)
Jika terdapat titik akses lain (penghala wayarles) untuk menyambungkan ke komputer, sambungkan peranti pintar kepada titik akses tersebut. Jika tiada titik akses (penghala wayarles) lain selain titik akses untuk menyambungkan ke peranti pintar, sambungkan pencetak kepada titik akses tersebut.
Pilih "Sambungkan melalui Titik Akses (Disyorkan)" apabila pencetak tidak disambungkan kepada rangkaian. Pilih "Sambungkan pencetak yang telah disambungkan kepada rangkaian" apabila pencetak telah disambungkan kepada rangkaian.
-
Jika anda mahu menyambungkan perarnti pintar ke pencetak tetapi tidak mahu menyambungkannya kepada rangkaian yang sama seperti pencetak
Sambungkan peranti pintar ke pencetak secara langsung (Wi-Fi Direct). Pencetak kemudiannya tersedia pada sambungan Wi-Fi dan sambungan langsung (Wi-Fi Direct).
-
Jika anda menggunakan penambatan (perkongsian internet) pada peranti mudah alih
Anda tidak boleh menyambungkan ke pencetak dari peranti pintar apabila anda menggunakan penambatan pada peranti pintar. Nyahdayakan penambatan, dan kemudian sambungkan ke pencetak tersebut.