Bagaimana Anda Mahu Menyediakan?

 
  • Sambung menerusi penghala (Disyorkan)

Kaedah sambungan ini tersedia apabila anda mempunyai titik akses (penghala wayarles) di dalam rumah atau pejabat anda. Kami mengesyorkan kaedah sambungan ini memandangkan anda boleh menggunakan perkhidmatan Epson Connect melalui internet.


 
  • Sambungkan Secara Langsung (Wi-Fi Direct)

Pilih kaedah sambungan ini jika anda tidak mempunyai titik akses (penghala wayarles). Sambungkan pencetak dan peranti pintar secara langsung. Anda boleh menyambungkan sehingga empat peranti pintar ke pencetak, tetapi perkhidmatan internet tidak tersedia kerana ini ialah rangkaian setempat.


 
  • Sambung ke pencetak yang sudah disambungkan ke rangkaian anda

Jika pencetak anda telahpun disambungkan kepada rangkaian, sambungkan semula peranti pintar kepada rangkaian yang sama seperti pencetak. Pencetak kemudiannya akan tersedia daripada peranti pintar.

 
  • Jika peranti pintar anda disambungkankepada titik akses yang dikhususkan (penghala wayarles)

Jika terdapat titik akses lain (penghala wayarles) untuk menyambungkan ke komputer, sambungkan peranti pintar kepada titik akses tersebut. Jika tiada titik akses (penghala wayarles) lain selain titik akses untuk menyambungkan ke peranti pintar, sambungkan pencetak kepada titik akses tersebut.
Pilih "Sambungkan melalui Titik Akses (Disyorkan)" apabila pencetak tidak disambungkan kepada rangkaian. Pilih "Sambungkan pencetak yang telah disambungkan kepada rangkaian" apabila pencetak telah disambungkan kepada rangkaian.


 
  • Jika anda mahu menyambungkan perarnti pintar ke pencetak tetapi tidak mahu menyambungkannya kepada rangkaian yang sama seperti pencetak

Sambungkan peranti pintar ke pencetak secara langsung (Wi-Fi Direct). Pencetak kemudiannya tersedia pada sambungan Wi-Fi dan sambungan langsung (Wi-Fi Direct).


 
  • Jika anda menggunakan penambatan (perkongsian internet) pada peranti mudah alih

Anda tidak boleh menyambungkan ke pencetak dari peranti pintar apabila anda menggunakan penambatan pada peranti pintar. Nyahdayakan penambatan, dan kemudian sambungkan ke pencetak tersebut.
Pilih "Sambungkan melalui Titik Akses (Disyorkan)" apabila pencetak tidak disambungkan kepada rangkaian. Pilih "Sambungkan pencetak yang telah disambungkan kepada rangkaian" apabila pencetak telah disambungkan kepada rangkaian.